Jumat, 26 Februari 2010

CINTA RASULULLAH TERHADAP KHADIJAH

Oleh Jalalilah Mauludin & Mohamad Ridhwan Bin Alias

Rasulullah SAW bukan saja pemimpin negara tetapi pemimpin sebuah keluarga. Nabi SAW menikah dalam usia yang muda yaitu 25 tahun. Dalam ilmu kesehatan, pernikahan pada usia segini sangat dianjurkankan selain itu dapat mencegah maksiat yang biasa dilakukan oleh anak muda.

Rasulullah SAW memilih istri pertamanya ialah Khadijah RA. Khadijah mencintai Rasulullah SAW lantaran sifat amanah, berbudi mulia dan kecakapan baginda dalam menguruskan perniagaannya. Rasulullah SAW pula mencintai Khadijah kerana kemuliaan diri dam akhlaknya yang mulia.

Pernikahan Rasulullah SAW dengan Khadijah bukan bermotif dunia atau syahwat. Pernikahan baginda berdasarkan pertimbangan yang matang,

Baginda pernah datang kepada Khadijah dengan menyatakan kekhawatirannya...
‘aku khawatir diriku’
.

Khadijah menenangkan baginda;
‘Demi Allah, Allah tidak mungkin akan menghina dirimu selama-lamanya. Sesungguhnya engkau senantiasa menjalinkan silaturrahim, meringankan beban kesusahan orang, memberi kepada orang miskin dan menolong orang semasa bencana’.


Sebelum menikah, kita harus berfikir kepada pertimbangan yang matang. Jangan hanya sekedar bicara manis dan semangat cinta saja. Rasulullah SAW dan Khadijah mencintai di antara satu sama lain atas dasar akhlak kedua-duanya. Berlainan sekali dengan umat sekarang yang kebanyakkan bercinta karena nafsu saja.

Berbagai dugaan yang berlaku terhadap Nabi SAW dan Khadijah. Cercaan orang Quraish dan kematian putera Nabi SAW. Semua dihadapi dengan sabar dan tabah.

Ketika Nabi SAW berusia 51 tahun, Khadijah dipanggil Illahi. Walaupun kematian Khadijah, Rasulullah SAW masih setia kepadanya. Nabi SAW selalu membantu dan menghormati kaum kerabat, sahabat dan jiran Khadijah.

‘Berikan kepada si fulan, kerana ia dulu biasa datang kepada Khadijah, berikan ini kepada si fulan kerana dulu ia sentiasa berbuat baik kepada Khadijah.’

Inilah kecintaan dan kesetiaan Rasulullah SAW terhadap isterinya. Isteri yang selalu dicemburui oleh Aisyah...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar